Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Anak Almy Nadia Selamat Dikebumikan

today14 February 2020

Background

Pasangan selebriti, Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia akur menerima takdir apabila kehilangan cahaya mata yang meninggal dunia sewaktu dalam kandungan.

Menerusi laman Instagram Almy, dia ada memuat naik foto pengebumian anaknya yang diselesaikan dengan sempurna pada 13 Februari.

https://www.instagram.com/p/B8f2CmgAEL5/

Kapsyen pelakon filem Dunia Baru The Movie itu yang menyatakan dia perlu terus kuat untuk suami dan anak-anak membuatkan ramai pengikut turut meluahkan rasa simpati selain berdoa agar pasangan itu dikurniakan pengganti suatu hari nanti.

“Alhamdulillah selesai dgn sempurnanya.. al fatihah.. tenang disana wahai anakku.. allah lebih sygkan kami wahai anakku.. mama tak kuat syg.. tp mama kena kuat demi kakak kakak kamu.. mama tahu papa sedih.. cuma papa tak tunjuk.. maafkan mama sygΒ @fizzfairuzofficialΒ .. maafkan mama wahai anakku MOHAMMAD .. jumpa disana,tunggu mama dan papa di sana.. AL FATIHAH ..,” tulisnya.

Difahamkan, kandungan Almy telah meninggal dunia ketika berusia 14 minggu.

Untuk rekod, Fizz dan Almy telah berkahwin pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *