Anak perempuan kembar pelakon terkenal, Datin Paduka Eina Azman, Arianna Aubrey, mencuri perhatian ramai di media sosial.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakira Azman, 28, berkongsi momen istimewa sambutan ulang tahun ke-9 anak kembarnya, Aubrey dan Karl Kareef.
Penampilan Aubrey yang tampil dengan rambut panjang dan ikal mayang sambil mengenakan mahkota di kepalanya menjadi sorotan. Kejelitaannya membuatkan ramai netizen terpukau, malah ada yang menyamakan kecantikannya dengan bintang Hollywood terkenal, Anne Hathaway.
Tidak ketinggalan, adik kembarnya Karl Kareef juga menerima perhatian apabila ada netizen berpendapat wajahnya mempunyai iras Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah dan menitipkan doa buat pasangan kembar ini yang kini menginjak usia 9 tahun.
Untuk rekod, Eina Azman mendirikan rumah tangga dengan Kaiser Gurmeet Harden pada 31 Ogos 2014, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan pasangan kembar yang dilahirkan pada 19 Februari 2016.
@einaazman13 Its our birthday month 🎂🎉🎊🎈 #einaazman #aubreykarl #aubreykarlturn9th #twins #kacaukacauitsdone