Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Stacy Bakal Adakan Konsert Jun Ini

today28 February 2025

Background

Penyanyi dan pencipta lagu popular asal Sabah, Stacy, mengumumkan bakal mengadakan konsert solo mega pertamanya, “AKU STACY”, yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 21 Jun 2025.

Konsert ini dianjurkan oleh Rhythm & Rhyme Entertainment dengan tajaan khas daripada U Mobile.

Stacy yang dikenali dengan persembahan bertenaga dan vokal mantap ini pastinya menjanjikan pengalaman konsert epik dengan gabungan lagu-lagu hit, produksi bertaraf antarabangsa, serta kejutan khas buat peminatnya.

Konsep & Keistimewaan Konsert “AKU STACY”

Menurut Stacy, konsert ini bukan sekadar hiburan tetapi penghargaan buat peminat yang telah menyokongnya sejak 2008.

“Berbeza dengan konsert sebelum ini, saya lebih terlibat dalam konsep dan pemilihan tenaga kreatif untuk AKU STACY. Saya mahu memastikan setiap aspek muzik, tarian dan fesyen mencerminkan identiti muzik saya,” katanya.

Konsert ini akan membawa penonton mengimbau perjalanan muzik Stacy melalui persembahan yang menggabungkan pop, rock & roll, serta elemen ‘pop culture’. Stacy juga menjanjikan elemen kejutan khas buat peminat yang hadir.

Harapan Stacy Buat Peminat

Konsert ini adalah lambang kasih Stacy buat peminat yang telah bersamanya sepanjang perjalanan karier bergelar anak seni.

“Saya mahu memberikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Ini adalah peluang saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang terus menyokong saya,” jelasnya.

Maklumat lanjut mengenai tiket dan konsert AKU STACY akan diumumkan tidak lama lagi.  Ikuti media sosial rasmi Stacy dan U Mobile untuk perkembangan terkini serta kandungan eksklusif di belakang tabir.

 

Written by: Aqilah


Previous post