
Anak bekas Adun Ayer Kuning, Allahyarham Ishsam Shahruddin kesal selepas Perikatan Nasional (PN) didakwa menggunakan nama kelab bola sepak yang diasaskan bapanya untuk satu perlawanan bola sepak sempena PRK itu.
Muhammad Isnabil Ishsam berkata beliau dimaklumkan rakannya mengenai penganjuran satu perlawanan bola sepak tiga penjuru menggunakan nama Akademi Bola Sepak YB Haji Ishsam (AYBI FC) yang berlangsung pada 5 petang esok.
Difahamkan perlawanan bola sepak itu disertai oleh beberapa ahli politik pembangkang.
“Kami langsung tidak dimaklumkan mengenai penggunaan nama AYBI FC. Selepas kami tegur, tiba-tiba penganjur tukarkan kepada nama kelab lain,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Umno Tapah.
Katanya, susulan itu beliau membuat satu laporan polis di IPD Tapah untuk…