Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Anak Ismail Sabri Kongsi Tangkap Layar WhatsApp – “Saya Sedia Dipecat, Tetap Tidak Akan Bersama PH”

today22 November 2022

Background

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob didakwa sanggup dipecat malah menolak sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu dikongsikan oleh anak kepada Ahli Parlimen Bera itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya memaparkan satu tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp pada Isnin.

“Saya sedia dipecat tetap tidak akan bersama PH,” katanya.

Sementara itu, Datin Nina Sabrina turut menulis bahawa tidak menjadi kesalahan seandainya seseorang itu tidak memiliki kuasa.

“Biar tak berkuasa, jangan tak berprinsip,” tulisnya.

Selain Datuk Seri Ismail Sabri, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman juga dilihat turut memberikan sokongan terhadap kenyataan  beliau.

Terdahulu, spekulasi mengenai siapakah yang bakal menerajui tampuk pimpinan negara terus menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat apatah lagi Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishamuddin Hussien antara yang bertegas menolak kerjasama dengan parti Pakatan Harapan  selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan baru-baru ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN:PRU15: Anwar Ibrahim Beri Bayangan Kerajaan Yang Dibentuk Nanti Tidak Akan Dikenali Sebagai PH ATAU DAP

ARTIKEL BERKAITAN:Giliran Khairy Jamaluddin Gesa Zahid Hamidi Undur Diri – “Panglima Besar Mesti Ada Maruah Untuk..”

ARTIKEL BERKAITAN:“Insya-Allah Jika Ada Rezeki, Kita Jumpa Lagi” – Tengku Zafrul

ARTIKEL BERKAITAN:“Berkat Usaha, Doa, Insya-Allah Saya Akan Kembali” – Nurul Izzah Anwar Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka

Written by: Salma


Previous post