Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ini Manifesto Aliff Syukri Jika Jadi Perdana Menteri

today22 November 2022

Background

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri menjawab persoalan netizen berkenaan pembaharuan yang akan dilakukannya jika dirinya terpilih menjadi Perdana Menteri.

Persoalan tersebut diajukan kepada Alif memandangkan Malaysia baru sahaja melepasi fasa Pilihan Raya Umum ke-15 dan masih belum menentukan Perdana Menteri yang baharu.

@aliffsyukriterlajaklaris Replying to @𝓕𝓲𝓮𝓺 ♬ original sound – Terlajaklaris

Hantaran video di TikTok milik Alif itu memaparkan dia memberitahu segala manifesto yang akan dilakukan jika diberi peluang menyandang jawatan tersebut.

” Yang pertama sekali, kalau saya jadi Perdana Menteri saya akan buang semua cukai-cukai yang terlalu banyak. Cukuplah hanya satu cukai sahaja.

“Nombor dua, saya akan pastikan semua usahawan dibela dan menyokong penuh dunia hiburan yang penting tidak menghisap dadah, tak minum arak dan menyekat tempat maksiat dan perjudian seperti Casino.

“Saya juga akan membela nasib ibu tunggal, terutamanya pada mereka yang tiada pekerjaan.

“Saya juga ingin menjadikan industri pelancongan bertaraf internasional supaya menarik lebih lagi pelancong luar untuk datang.

“Saya juga akan membantu usahawan tempatan untuk lebih maju, memberikan pendidikan percuma kepada mereka yang tidak mempunyai pelajaran tetapi meninginkan kemahiran sebab zaman sekarang ni pelajaran nombor dua yang penting ada skill.

“Seterusnya, yang paling utama saya juga akan megelakkan rasuah untuk memajukan sebuah negara, itu pun kalau saya jadi Perdana Menteri mana tahu next PRU saya bertanding, ada yang nak sokong tak?” jelasnya.

Meninjau ke ruangan komen, wargamaya terhibur dengan angan-angan Alif untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ada juga yang memberi sokongan penuh jika impiannya itu tercapai.

“Sejujurnya janji Datuk ni lagi boleh dipercayai dari janji ahli politik.” tulis warganet.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 85,000 tontonan dan lebih 4,000 tanda suka.

 

Written by: Salma