Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Anak Mengalirkan Air Mata Selepas Terima Komen Mas Idayu, Ini Respons Bapa Sissy Imann

today23 January 2023

Background

Air mata penyanyi Sissy Imann yang gugur selepas mendengar komen juri tetap, Mas Idayu di konsert minggu keenam Famili Duo mengejutkan ramai pihak.

Rata-rata netizen mula mempersoalkan tindakan Mas Idayu yang memberikan kritikan sehingga Sissy kelihatan sebak dan hilang kata-kata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Susulan itu, penyanyi lagu Mungkin Kamu memohon maaf menerusi hantaran terbaharu Instagram miliknya.

ARTIKEL BERKAITAN: β€œI Ended Up Hurting So Many People By Singing Terribly” – Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Mohon Maaf

Dalam pada itu, bapa Sissy, Aliff Mohammad Kamil, 59, turut memberikan respons terhadap situasi yang berlaku.

Bapanya berkongsi hantaran yang dimuat naik oleh Sissy di ruangan Instagram Stories.

β€œGood or bad, you always be my best ever,” tulisnya.

Menerusi minggu keenam yang bertemakan β€˜Irama Tradisional’, Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong.

@xtra_my Persembahan kontroversi malam ni! Apa pun min puji semangat @sissyimann @naimdanielx semoga terus semangat melangkah okay? πŸ’– Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Dalam persaingan malam tadi, Sissy dan Naim meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Written by: Aqilah