Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Menangis Lepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Mohon Maaf – “I Ended Up Hurting So Many People By…”

today23 January 2023

Background

“Muzik sentiasa menjadi cinta pertama saya dan betul, dalam seni, sedar diri dan sedar ruang itu perlu ada. Mungkin saya tak sedar hal itu atau masih belum cukup menyedarinya.”

Demikian merupakan kata-kata penyanyi Sissy Imann usai persaingan minggu keenam program Famili Duo yang berlangsung malam tadi.

Gagal menyembunyikan rasa sebak dan menitiskan air mata selepas mendengar kritikan juri tetap, Mas Idayu, penyanyi lagu Mungkin Kamu itu berkongsi isi hati menerusi hantaran di Instagram.

“Saya tidak pernah terfikir diri ini untuk terus berkarya tetapi malam ini ia dirasakan seperti sesuatu yang saya telah lakukan sejak berusia lima tahun tidak ‘mencintai’ saya lagi.

“Saya akhirnya menyakiti hati ramai orang dengan nyanyian yang teruk. Saya minta maaf semua,” tulisnya.

@xtra_my Persembahan kontroversi malam ni! Apa pun min puji semangat @sissyimann @naimdanielx semoga terus semangat melangkah okay? 💖 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 ♬ original sound – XTRA

Dalam persaingan minggu keenam yang bertemakan ‘Irama Tradisional’, Sissy bersama sepupunya, penyanyi Naim Daniel menyampaikan lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini dalam versi keroncong dan meraih tempat keenam dengan 48.7 markah.

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Tahan Tangisan Selepas Dengar Komen Mas Idayu, Sissy Imann Sebak Sampai Hilang Kata-Kata

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, tujuh pasangan selebriti popular yang mempunyai hubungan kekeluargaan merebut hadiah bernilai RM 10,000 setiap minggu dan hadiah utama bernilai RM100,000 di pusingan akhir.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, jangan lupa saksikan Famili Duo setiap Ahad, pukul 9.00 malam hingga 11.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

Written by: Aqilah