Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Anak pemimpin politik dalam radar SPRM, kata sumber

today14 March 2023

Background


Nama suspek itu yang merupakan ahli perniagaan, dibocorkan susulan penahanan ‘Datuk Roy’.

Seorang pegawai SPRM dan tiga individu lain ditahan minggu lalu selepas laporan dibuat ahli keluarga seorang pemimpin politik.

PETALING JAYA: Anak seorang pemimpin politik dikatakan dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika agensi antirasuah itu memperluaskan siasatannya ke atas program Jana Wibawa.

Sumber berkata, penahanan “Datuk Roy” – dipercayai dalang kes rasuah dikaitkan dengan program itu – mendedahkan anak ahli politik itu, yang juga ahli perniagaan, turut disiasat.

Katanya, nama ahli perniagaan itu “dibocorkan” selepas “Datuk Roy” mendapat senarai nama dikaitkan dengan program itu daripada seorang kenalan SPRM, yang dikatakan pegawai kanan.

“Datuk Roy ini kemudian menghubungi individu dalam senarai itu, menawarkan bantuan bagi mengelakkan tindakan diambil terhadap mereka, sebagai balasan untuk bayaran lumayan,” sumber itu memberitahu…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post