Imbas untuk muat turun aplikasi

Inspirasi

Anak Terkena Chickenpox? Lakukan Perkara Ini Segera.

today23 April 2020

Background

Penyakit demam campak atau Chickenpox berlaku pada kanak-kanak disebabkan oleh virus measles dan ia seringkali disertai dengan jangkitan pernafasan dan ruam pada kulit.

Apabila terjadi, sudah tentu ia membimbangkan ibu bapa kerana penyakit itu akan mengambil masa untuk sembuh.

Seorang doktor yang bekerja di Muar, Johor dikenali sebagai Redza Zainol telah berkongsi lima perkara yang ibu bapa perlu lakukan segera jika anak mereka terkena demam campak.

Perkara itu diterangkan menerusi laman Facebook miliknya pada 21 April lalu.

Ini penjelasan penuh yang ditulis beliau pada ruangan status.

“5 Perkara Yang Ibu Ayah Boleh Buat Segera Jika Anak Anda Terkena Jangkitan Chickenpox.

1) Kalau keadaan anak masih aktif, boleh jaga anak di rumah saja.

Chickenpox ni sangat mudah berjangkit. Jadi elakkan ahli keluarga yang lain dari terdedah pada pengidap Chickenpox ni.

Tunggu sehingga semua ruam menjadi kering dan tidak ada ruam baru yang muncul.

Selalunya akan ambil masa seminggu untuk ruam tu kering menjadi keruping.

Barulah dikira anak ni tak mampu menjangkiti orang lain.

Asingkan pakaian, tuala, alat untuk makan minum supaya tak bercampur dengan ahli keluarga yang lain.

2) Redakan demam anak dengan ubat demam Paracetamol.

Dos : Syrup Paracetamol 15mg/kg setiap 6 jam.

Jangan guna Aspirin untuk redakan demam anak.

Jika Aspirin diberi pada kanak-kanak yang dijangkiti Chickenpox, ia boleh menyebabkan penyakit

Reye’s syndrome yang merosakkan hati dan otak anak.

3) Sapu dengan calamine lotion setiap kali selepas mandi.

Ia akan beri kelembapan dan kelegaan pada kulit anak.

4) Bantu kurangkan kegatalan kulit dengan beri ubat cecair antihistamine untuk dimakan.

Bagi bila perlu dan mesti ikut dos yang dicadangkan sahaja.

5) Potong kuku anak jadi pendek.

Ketika anak menggaru kulit, kuman dari bawah kuku akan masuk ke kawasan ruam dan menyebabkan jangkitan bakteria (secondary infection) pada kulit.

Untuk bayi dan anak kecil, boleh pakaikan sarung tangan (mitten) supaya mereka tak menggaru kulit yang gatal tu.

Untuk kurangkan kesan parut pada kulit, elakkan anak dari mengopek keruping,” jelasnya.

Semoga tips yang diberikan ini membantu ibu bapa yang mungkin pertama kali anaknya mengalami penyakit demam campak.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *