Imbas untuk muat turun aplikasi

Story

Anda Ada Bisnes Jual Makanan? Kena Check Perkara Ni Untuk Hasil Yang Berkualiti

today3 August 2021

Background

Momen paling best bagi peniaga makanan ialah bila pelanggan tertanya tanya bila nak buka kedai jika kedai ditutup sementara. Haa memang next level tau masakan korang kalau macamtu! Yela, permintaan makin banyak.. Korang dah pernah rasa belum momen tu? Kalau belum, check satu persatu style perniagaan makanan korang.

Basuh Alatan Dapur Sebelum Memasak

Perkara utama dalam ilmu masakan ialah menjaga kebersihan. Korang kena check dulu tempat memasak korang tu bersih ke tak.. Ataupun diri korang sendiri pun kena nampak bersih. Dari kepala sampai ke kaki. Sama ada di restoran, gerai atau dari rumah, sebelum nak mula masak tu kena basuh dulu kuali. Walaupun dah bersih, tetap kena bilas sebab kita taktahu kewujudan serangga yang tak diingini lalu atas alatan memasak kita. Bila bersih, barulah diyakini orang ramai.

Pastikan Bahan Anda Berkualiti & Terbaik

Tanggungjawab anda sebagai peniaga ialah semak sumber bahan masakan yang anda peroleh itu sama ada halal, berkualiti atau boleh digunakan.. Taknak lah nanti dapat rating atau feedback yang rendah dari pelanggan hanya disebabkan sebatang sayur je.

Prep Atau Sedia Bahan Sebelum Mula Masak

Tak kisah lah dari sekecil kecil bahan, korang kena sediakan bahan masakan korang tu beberapa jam sebelum masak. Jangan pulak masa nak masak tu lah baru nak potong bawang lah, silap silap baru nak beli bahan. Yela, tak check dulu sebelum petik api dapur. Memang lambat lah nak siap. Dari situ jugak korang boleh tengok pengurusan masa korang ni teratur ke tidak. Ha.. masak pun kena aktif dan pantas tau!

Serbuk Perasa Jangan Ketinggalan!

Dibawakan oleh Unilever Food Solutions, pek baharu Knorr Professional kini bawakan Knorr Pasti Sedap iaitu dengan 2x lebih rasa dan aroma bawang putih ini sesuai untuk Pek Peniaga (600g). Kenapa Pek Peniaga? Sebab.. Knorr yang terbaharu ini juga boleh dihidang untuk 300 hidangan, iaitu 50% lebih hidangan dari Knorr yang dahulu. Lebih menjimatkan! Korang juga disarankan untuk guna 2g setiap 200g hidangan sayur campur. Maknanya, guna hanya setengah sudu kecil pun dah memadai tau, dan semestinya lebih kick.

Guna Knorr, Masakan Bertumis Jadi Lebih Sedap

Knorr Professional Pasti Sedap 2x lebih rasa dan aroma bawang putih ni lebih sesuai untuk masakan tumis bersama sayur sayuran.  Tahu tak jika nak dapatkan masakan bertumis atau tumisan sayur yang sedap, kena lebihkan rasa bawang putih. Sesuai sangat kalau nak masukkan Knorr Professional baharu ni sebab aroma bawang putihnya yang padu!

Tumisan sayur ni juga sesuai sama ada untuk masakan di rumah atau di restoran. Sayur tu nanti mesti rangup dan confirm bertambah nasi!

Imbas QR Code Untuk Beli & Menang

Gerenti masakan korang akan jadi sedap lepasni.. Pelanggan pun nak lagi dan lagi. Mana nak dapatkan Knorr Pek Peniaga ni? Imbas QR Code yang tertera ni untuk beli dan korang juga akan berpeluang menang baucar tunai tau.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang Knorr Professional Pasti Sedap 2x lebih rasa dan aroma bawang putih ni, korang boleh layari di SINI. Dan untuk peniaga atau suri rumah yang nak tahu lebih lanjut tentang banyak lagi resipi Knorr Pasti Sedap, boleh layari Unilever Food Solutions.

*Berdasarkan kepada kajian dalaman vs resipi Knorr Pasti Sedap terdahulu, Jun 2020 dengan anggaran 2g dalam 200g hidangan sayur campur dalam resipi yang disyorkan oleh Chef

Written by: Shiqin


Previous post