Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Andi Bernadee Enggan Dedah Hal Peribadi, Kini Bersikap Lebih Matang Di Media Sosial

today2 September 2024

Background

Penyanyi, Andi Bernadee memutuskan enggan lagi berkongsi kisah peribadi di media sosial selepas pernah terpalit beberapa kejadian misteri sebelum ini.

Ketika ditemui XTRA, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangil, 33, isu yang terjadi sejak tahun lalu itu mengajar dirinya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Ramai yang tahu apa yang telah berlaku kepada saya, salah sendiri kenapa saya menghilang.

“Kalau dulu saya selalu kongsi sampai ke dalam bilik tidur orang tahu jadi benda tu akan bagi kesan negatif kepada saya.

“Jadi saya ambil langkah keselamatan dengan hanya berkongsi mengenai kerjaya sahaja,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Andi berkata peristiwa masa lalu itu menjadikannya lebih matang untuk menapis kandungan digital seiring dengan peningkatan usia.

“Saya tak akan jadi Andi Bernadee yang dulu buat video merapu semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan. Saya pun tak terkejar trend.

“Orang kita sekarang pun tak tak ikut sangat kehidupan artis kan… Selaku penyanyi saya perlu tunjuk diri sebagai penyanyi.

“Saya dah matang sekarang, boleh fikir mana yang baik buruk,” katanya lagi.

Andi Bernadee

Andi berkata demikian ketika ditemui di majlis menandatangai kontrak bersama Universal Music Malaysia (UMM) pada Rabu.

Berkongsi mengenai kontrak selama tiga tahun bersama syarikat rakaman baharu bersama UUM, Andi berkata pelbagai projek bakal dilaksanakan antaranya pelancaran album dan mengadakan showcase sulung.

“Saya nak tukar angin baharu.. Fasa 2024 ni kita start fresh beri tumpuan kepada kerjaya nyanyian.

“Insya-Allah selepas album siap saya ada perancangan nak buat showcase,” katanya.

Sebelum ini, Andi pernah berdepan gangguan seperti disihir sehingga menjejaskan kesihatan mentalnya.

Artikel Berkaitan: Serik Kena Tipu, Andi Bernadee Pilih Kawan – “Bulan Demi Bulan, Baru Nampak Perangai Sebenar”

Artikel Berkaitan: Tak Tahan Sakit Tonsil Ganggu Waktu Tidur, Andi Bernadee Akhirnya Serah Diri Ke Hospital – “Dah Tahu Lama Tapi Tak Ambil Kisah…”

Artikel Berkaitan: “Ada Katak Kering Dan Paku Berkarat” Andi Bernadee Jadi Mangsa Sihir

Written by: Aqilah