KUALA TERENGGANU: Bekas anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dihukum penjara 30 tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membunuh dengan menembak mati bekas Ketua MCA Bahagian Marang Fong Swee Fuan tiga tahun lepas.
Hakim Mahkamah Tinggi Hassan Abdul Ghani turut menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap Ong Chow Lee, 59, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh anak saudara Fong, Teo Hock Beng yang cedera ditembak di bahagian tangan kiri.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap pada 23 Julai 2021.
Ong didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di belakang tokong Cina di Taman Raya Wakaf Tapai, Marang pada 1.55 tengah hari, 23 Julai 2021 mengikut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan.
Kes…