Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu yang lain hari ini.

PETALING JAYA: Annuar Musa kini sah menjadi ahli PAS, kata Setiausaha Agung parti itu, Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, PAS menerima keahlian bekas Ahli Parlimen Ketereh itu bersama 3,000 ahli baharu yang lain hari ini.
“Saya ingin memaklumkan Annuar Musa diterima menjadi ahli PAS … dengan 3,000 keahlian baharu hari ini,” katanya, lapor Bernama.
“Ramai memohon masuk dalam PAS, Bersatu …(selepas ini) tokoh masyarakat lain yang diterima masuk ke parti ini akan diumumkan dari semasa ke semasa.”
Takiyuddin memaklumkan perkara ini ketika berucap pada Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat Negeri Sembilan di Seremban, yang turut dihadiri Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dan Presiden…