
ALOR GAJAH: Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan memuji sikap berjiwa besar dua bekas Ahli Parlimen ‘giant’, Annuar Musa dan Noh Omar, yang digugurkan sebagai calon, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).
Katanya, kedua-dua mereka telah membuktikan kesetiaan dan meletakkan kepentingan parti mengatasi kehendak individu.
“Kesempatan ini, saya melahirkan penghargaan kepada mereka yang tidak buat begitu (tanding tiket parti lain selepas tak dicalonkan semula) khususnya kepada Annuar, Noh Omar yang mana dalam kekecewaan mereka…kita lihat betapa mereka adalah orang parti, saya di sini sebagai ketua penerangan Umno sebenarnya terpanggil untuk melahirkan penghargaan.
“Saya harap suatu hari nanti bila saya lebih dewasa saya boleh mencontohi tindakan sebegitu meletakkan parti di hadapan,…