
PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim komited menunaikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), seperti yang ditunjukkan oleh keupayaannya mencari penyelesaian kepada isu yang berlarutan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof, Sarawak sebelum ini menolak tawaran daripada pentadbiran Pakatan Harapan iaitu menaikkan bayaran pemberian khas kepada Sarawak dan Sabah, sebab tiada formula dipersetujui bagi mengira jumlah yang perlu dibayar.
“Sarawak mencadangkan formula tapi malahan waktu pentadbiran Ismail Sabri dan Muhyiddin Yassin pun dulu kita tak dapat muktamadkan,” katanya dalam temu bual FMT.
Fadillah berkata, Anwar tekad untuk selesaikan isu tersebut.
“Anwar kata: ‘Apa kata kita selesaikan? Bagikan RM300 juta dulu sebagai interim kemudian kita rumuskan formulanya. Selepas itu, nanti kita akan muktamadkan.
“Formula itu…