
KULIM: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli yakin Anwar Ibrahim tidak akan menjadi menteri kewangan seperti bekas perdana menteri Najib Razak selepas beliau mengambil alih portfolio kewangan.
Rafizi berkata dirinya yakin perdana menteri itu tidak akan menjadi seperti Najib kerana beliau mempunyai perwatakan dan didikan yang berbeza.
“Yang kedua saya tak rasa yang ada menteri yang yang boleh ‘sakau’ duit macam dulu. Saya tak rasa. Sebab apa ? Kerana duit sudah tidak ada,” katanya pada ceramah kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Padang Serai, Sofee Razak, malam tadi.
“Yang tu yang saya bimbang dengan rambut atas kepala saya ni. Lepas ni lama-lama kena pakai kopiah tutup botak. Sebab duit sudah tidak ada.
“Tanggungjawab menteri kewangan dan menteri ekonomi macam saya menggaru kepala macam mana kita nak kembangkan ekonomi supaya kita…