Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muafakat besar kerajaan perpaduan harus dipertahan, kata Zahid

today6 December 2022

Background



Ahmad Zahid Hamidi hadir membantu kempen bagi calon PH Parlimen Padang Serai Sofee Razak pada ceramah sempena PRU15, malam tadi. (Gambar Bernama)

KULIM: ‘The grand coalition’ atau permuafakatan besar yang membentuk kerajaan perpaduan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) bersama Barisan Nasional (BN) serta beberapa parti komponen lain harus dipertahan dan dikekalkan.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata kerjasama antara gabungan parti politik yang terlibat harus dikekalkan untuk tempoh yang lebih lama berbanding lima tahun demi mencapai Malaysia yang gemilang.

“Insya-Allah kerjasama ini bukan lima tahun, bukan 10 tahun, bukan 15 tahun, atas keikhlasan kita akan bekerjasama dalam satu pasukan sebagai ‘the grand coalition’.

“Antara parti-parti yang bergabung untuk membentuk sebuah negara yang lebih gemilang dan saya amat yakin jika trend ini dapat kita pertahankan, jika penyatuan dan perpaduan ini dapat kita teruskan, insya-Allah Malaysia akan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post