Anda dah bosan asyik buat aktiviti yang sama sahaja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?
Nantikan drama terbaru di slot Samarinda TV3, Ironi Kasih yang bakal bersiaran pada 2 April 2020 dibintangi oleh Aqasha dan Intan Najuwa.
Selain itu, Ironi Kasih turut menampilkan pelakon-pelakon hebat lain antaranya Fauziah Ahmad Daud, Intan Ladyana, Fizz Fairuz dan Afifah Nasir.
Ha, bukan biasa-biasa! Untuk anda yang kaki drama, confirm akan melekat depan TV.
Drama 15 episod itu adalah terbitan Wira Nusa Production, arahan Nazir Jamaluddin.
Ini pula antara teaser drama Ironi Kasih yang dimuat naik salah seorang pelakon drama tersebut, Intan Najuwa di laman Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B-WpNjFDW1t/
Post comments (0)