Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ara Johari Bagi Ayat Jiwang, Netizen Terkejut

today9 November 2022

Background

Penyanyi terkenal, Ara Johari membuatkan peminatnya terkejut selepas dia memberikan kata-kata yang mengulas mengenai mencari kebahagiaan di dalam kehidupan.

@arajohariofficial Bulu mata pun tak tenang πŸ˜‚ #fypγ‚· #pastitiba ♬ Pasti Tiba – Ara Johari

Menerusi video berdurasi 24 saat yang dikongsikan di akaun TikTok milik Ara, dia memberitahu bahawa untuk mengecapi bahagia datangnya bukan dari hati yang sempurna tetapi kuncinya adalah menghargai antara satu sama lain.

Melalui entri tersebut, Ara menasihati warganet untuk bijak dalam mencari bahagia kerana kebahagiaan kita adalah tanggungjawab diri sendiri.

“Kebahagiaan bukan datang dari dua hati yang sempurna, tetapi datang daripada dua hati yang saling menghargai,” ucap Ara.

Selain terkejut Ara mengucapkan kata-kata jiwang, ada dalam kalangan netizen berjenaka mengatakan bahawa Ara sudah matang dan layak untuk mendirikan rumah tangga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Ara dan mereka juga mengucapkan terima kasih kepada Ara akan ayat makan dalamnya itu.

“Kejujuran dan kesetiaan itu ibarat satu jiwa dalam satu raga, jika kejujuran menjadi mata maka kesetiaan menjadi hati,” tulis wargamaya di ruangan komen.

Dipercayai, ayat-ayat terbabit adalah untuk mempromosikan single terbaharu Ara berjudul Pasti Tiba.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah menerima lebih 228,000 tontonan dan lebih 20,000 tanda suka.

 

Written by: Aqilah


Previous post