Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Archive Foto Suami Ketika Merajuk, Netizen Usik Tindakan Noor Nabila

today13 September 2022

Background

Selepas menjelaskan mengenai status perkahwinannya bersama Engku Emran, kakak kepada Neelofa iaitu, Noor Nabila memaklumkan, dia kini masih bahagia bersama suami tercinta.

Namun, dia tidak menyangka tindakannya menyimpan semua gambar suami di ruangan arkib Instagramnya itu mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan masyarakat.

ARTIKEL BERKIATAN:Gara-Gara Merajuk, Noor Nabila β€˜Archive’ Gambar Bersama Engku Emran – β€œAlhamdulillah, Jodoh Kami Masih Kuat”

ARTIKEL BERKAITAN:Rumah Tangga Berantakan? Noor Nabila Delete Semua Gambar Suami Di IG… Netizen Mohon Fikir Positif – β€œPadam Tak Semestinya Bergolak”

Menjengah di ruangan komen hantaran yang dikongsikan di laman Facebook milik portal Rotikaya, rata-rata warganet mengecam tindakan Nabila kerana dilihat seolah-olah tidak matang dalam menangani hal rumah tangganya.

Malah, terdapat segelintir daripada mereka yang mulai bosan dengan kisah adik-beradik ‘Kardashian’ ini.

“Perangai macam budak 14 tahun, asal merajuk padam gambar!”

Terdahulu, Nabila mengakui setiap perkahwinan ada pasang surutnya. Dan, beliau tidak terkejut dengan kecaman yang diterimanya apatah lagi, dia merupakan kakak kepada seorang selebriti popular.

β€œSebenarnya saya tahu implikasi itu. Macam Lofa dan keluarga bila dia menjadi perhatian, tempiasnya pun tetap kena pada saya juga. Saya sepatutnya berhati-hati. Tapi kita manusia, perempuan dan berjiwa lembut.

β€œSaya tak terkejut, tapi dapat rasa perkara ini dapat perhatian. Tapi sebab masa tu geram, jadi tak fikir. Kadang bila orang orang menilai, kita abaikan saja. Kita tak boleh puaskan hati semua orang,” katanya.

Written by: Aqilah


Previous post