Arsenal calon juara EPL 2025/26…ini kali lah!Oleh Manan [email protected] peminat, perit juga telinga mendengar usikan Arsenal pasukan Netflix FC, seronok ditonton dengan permainan menghiburkan tapi tiada kemampuan memenangi trofi.Ia disebabkan fakta tiga musim berturut-turut anak buah Mikel Arteta terpaksa berpuas hati sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu pada 2022/23, 2023/24 dan 2024/25 dipengaruhi faktor kecederaan pemain utama dan ketiadaan peledak prolifik.Perit memang perit, tapi kecewa jauh sekali. Hakikatnya skuad Gunners mempamerkan peningkatan musim lalu dengan mengekalkan status naib juara EPL selain mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) termasuk membelasah kelab gergasi Eropah, Real Madrid 5-1 secara agregat di suku akhir.Di peringkat EPL, Arsenal memiliki benteng paling kukuh dengan hanya melepaskan 34 gol daripada 38 perlawanan, tujuh gol lebih sedikit berbanding juara, Liverpool dengan 41 bolos, dibantu ketangkasan penjaga gol…