Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Artis Marvelous March – Hafiz Suip

today3 March 2020

Background

Nampaknya masih belum terlambat untuk Hot FM mengucapkan tahniah buat Hafiz Suip kerana telah meraih trofi Vokal dan Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34.

Hafiz yang menampilkan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah pada persembahan tersebut melalui lagu Kisah Cinta Kita, mengaku setiap lagu yang dipertaruhkan ada cabaran tersendiri. Namun, Hafiz cuba menggunakan perasaannya untuk menghayati lagu tersebut.

Image result for hafiz ajl

Dalam perkembangan lain, Hafiz Suip tampil dengan lagu baharu berjudul Sinar Cinta yang telah dilancarkan di platform digital.

Sekali lagi mendapat sentuhan emas Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali yang bekerjasama dengan John Jeevasingham, Sinar Cinta menyaksikan Hafiz mengekalkan forte muzik balada, bagi melayakkan gelaran ‘Raja Lagu Cinta’ diberi kepada pemegang takhta vokal terbaik AJL sebanyak empat kali ini.

Lagu Sinar Cinta ini turut menjadi runut bunyi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi arahan Eoon Suhaini dibintangi Aeril Zafrel, Nabila Razali dan Hun Haqeem yang disiarkan di slot Akasia TV3 sejak 24 Februari lalu.

Jom kita throwback persembahan Hafiz Suip menerusi Live Jamming Hot.

 

Tahniah Artis Marvelous March – Hafiz Suip!

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *