Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

AS patut saman Hadi jika dakwaan bantu tukar kerajaan palsu, kata Ahli Parlimen

today6 September 2026

Background


RSN Rayer berkata, dakwaan Hadi Awang bukan ‘dakwaan bersahaja di kedai kopi’, malah ‘dakwaan yang luar biasa serius melibatkan keselamatan negara’.
PETALING JAYA:

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) patut menyaman Presiden PAS Hadi Awang atas dakwaannya bahawa pegawai Kedutaan AS pernah menawarkan bantuan membantu menumbangkan kerajaan pada 2014, kata Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer.

Katanya, penafian diplomatik Kedutaan AS sahaja tidak mencukupi. Sekiranya pihak kedutaan bercakap benar apabila menolak dakwaan Hadi, Washington perlu mempertimbangkan tindakan undang-undang mempertahankan reputasi serta integriti wakil diplomatiknya.

“Ini perkara yang sangat serius. Setakat penafian diplomatik oleh AS tidak cukup. Jika Hadi bercakap benar, maka pihak AS berdepan persoalan yang sangat serius untuk dijawab berhubung dakwaan campur tangan dalam urusan politik dalaman Malaysia,” katanya dalam catatan di Facebook.

Awal hari ini, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS David Gamble,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post