Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

As’ad Motawh Hamilkan Teman Wanita? Ibu Tampil Beri Penjelasan.

today20 September 2019

Background

Penyanyi As’ad Motawh baru sahaja tampil dengan buah tangan terbaru, Selamanya.

Menariknya, muzik video Selamanya memaparkan kisah benar pengalaman As’ad yang berdepan dengan kemurungan akibat dikritik netizen.

Bagaimanapun, babak seorang wanita yang melakonkan watak kekasih As’ad menunjukkan alat ujian kehamilan ternyata menarik perhatian netizen yang tertanya-tanya, adakah ia juga benar?

Tidak cepat melatah, ibu kepada penyanyi lagu Senyum itu, Dato’ Yustita J Al-Djabbar tampil memberi penjelasan sebenar menerusi laman Instagram miliknya.

https://www.instagram.com/p/B2ifv8xF1rG/

Jelas, babak tersebut dan adegan ibunya terlantar sakit di hospital hanyalah rekaan semata-mata untuk menjadikan jalan cerita lebih menarik dan mendebarkan.

Sejak dimuat naik pada 13 September lalu, Selamanya telah meraih hampir 250K jumlah tontonan dan berada pada nombor 47 trending di laman YouTube.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *