Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Asalkan Dia Bahagia Berjaya Tambat Hati Penonton Indonesia

today11 April 2019

Background

Drama rantaian Asalkan Dia Bahagia yang menghiasi slot Akasia Menerusi saluran TV3 Sejak 8 Mac lalu kini dilapor mendapat perhatian daripada negara jiran!

Berita itu disahkan oleh teraju utama drama berkenaan sendiri, iaitu pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

Menurut Ayda maklum balas kebanyakan penonton drama itu diperoleh daripada platform digital iaitu YouTube.

Ayda turut terkejut apabila mendapat tahu penonton drama Asalkan Dia Bahagia di saluran YouTube TV3 dan Drama Sangat kebanyakannya dari Indonesia.

“Kalau dulu, masyarakat kita gemar menonton sinetron Indonesia. Tetapi, sekarang drama Malaysia pula diterima baik penonton di sana.”

Antara penonton Indonesia itu datangnya dari Jakarta, Acheh, Sumatera, Bandung, Kepulauan Bangka, Kalimantan dan beberapa kawasan lagi.

Mengenai gandingannya yang dianggap sangat serasi dengan pelakon Shukri Yahaya, penyanyi lagu Temberang itu berkata, mereka sudah memberi komitmen sebaik mungkin.

“Saya dan Shukri profesional bekerjasama dalam drama ini untuk melakonkan watak masing-masing sebagai Adira Imani dan Haris Aryan.

Bagaimanapun, Ayda tetap mahu berterima kasih kepada semua penonton yang menerima lakonan mereka dengan positif dalam drama tersebut.

Selain Ayda dan Shukri, drama itu dibintangi pelakon lain seperti Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Esma Daniel, Marissa Yasmin dan Safura Yaacob.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *