
KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak negara menjuarai Pestabola Merdeka 2024 dengan kemenangan 1-0 ke atas Lubnan pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Jaringan kemenangan skuad Harimau Malaya kendalian Pau Marti Vicente itu disumbangkan penyerang naturalisasi Romale Morales ketika permainan memasuki suku ketiga separuh masa pertama.
Kemenangan ke atas pasukan pada ranking dunia ke-116 itu menyaksikan Malaysia (pada ranking ke-134) meraih gelaran pertandingan bola sepak tertua di Asia itu buat kali ke-13 sejak ia diperkenalkan pada 31 Ogos 1957, dengan kali terakhir memenanginya pada 2013.
Terdahulu, Vicente melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama skuad yang bertemu Filipina Rabu lepas, antaranya Endrick Dos Santos dan Muhammad Safawi Rasid di bahagian tengah; Muhammad Syafiq Ahmad (penyerang) dan…