“Perkenalan kami terlalu singkat iaitu dalam tempoh beberapa bulan. Buat masa ini kami sedang berkawan tambahan pula saya gemar mengenali ramai orang.”
Pelakon Atikah Suhaime mengakui sedang mengenali hati budi seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Datuk Lokman Teh selepas putus tunang dengan penyanyi, Awie Rafael pada 14 Mac lalu.
Atikah berkata, dia mengenali lelaki terbabit yang juga anak kepada pengasas produk mandian sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, buat masa ini mereka dalam proses mengenali hati budi dan perkenalan itu melalui rakannya.
Spekulasi mengatakan Atikah dan Lokman bercinta timbul apabila mereka sering berkongsi foto di lokasi, tarikh dan masa yang sama di Instagram.
Sumber: Harian Metro
Post comments (0)