Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

“Aura Tun Sangat Kuat” – Bertuahnya Rita Rudaini & Anak-Anak Dapat Bersua Muka Dengan Tun M

today30 May 2024

Background

Aktres Rita Rudaini teruja apabila berpeluang dapat bertemu dengan mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, berkongsi momen dia mengunjungi pejabat bekas Perdana Menteri itu.

Pada kunjungan tersebut, Rita turut ditemani dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Rita menyifatkan pertemuan tersebut adalah momen terindah buat dirinya kerana sangat mengagumi sosok dan aura pemimpin tersebut.

“Kenangan berharga yang takkan kami lupakan sampai bila-bila. Terima kasih Tun sudi kongsi ilmu pada saya dan anak-anak.

“Aura Tun sangat kuat, meremang bulu roma saat kami melangkah masuk bersua muka. Orang hebat, aura pun hebat,” tulisnya teruja.

Rita Rudaini
Rita teruja bertemu dengan Tun M, baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelakon filem popular Mami Jarum itu turut menitipkan doa buat Tun Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah agar terus diberi kesihatan yang baik.

“Kami doakan Tun M dan Tun Siti Hasmah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa di lindungi Allah S.W.T.

“Rezeki kami harini berjumpa orang yang hebat. Tak puas betul sembang dengan orang hebat, banyak lagi soalan nak tanya.

“Teruja sungguh @airitryan727 @airitqaqa727  jumpa negarawan. Kami sayang Tun, Tun terindah dan terulung,” tutupnya.

Dalam perkongsian berbeza, Rita turut memuat naik sebuah video yang memaparkan anak sulungnya, Rayyan menerima nasihat secara peribadi daripada Tun M.

Rata-rata pengikut menyifatkan Rita dan keluarga sangat bertuah apabila dapat bertemu secara dekat dengan pemimpin yang disegani di seluruh dunia itu.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah