Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Lemah & Tiada Tenaga, Syatilla Melvin Muntah-Muntah Berterusan Hingga Mata Jadi Merah

today30 May 2024

Background

Pelakon Syatilla Melvin dilaporkan mengalami masalah kesihatan yang mengakibatkan dia mengalami muntah dan cirit birit selama seminggu.

Menerusi muat naik di Instagram (IG), Syatilla berkongsi matanya menjadi merah susulan terlalu banyak muntah.

“Saya sakit mata dan muntah-muntah, cirit birit dah seminggu. Akibat muntah, mata saya jadi merah.

“Dua minggu badan memang betul-betul tak best. Entah virus apa yang seronok sangat nak berkawan dengan aku,” kongsinya.

Namun, ibu kepada tiga cahaya mata itu tidak mendedahkan punca masalah kesihatan yang dialaminya itu.

syatilla melvin

Sehubungan dengan itu, isteri kepada aktor Shaheizy Sam itu turut memohon maaf kepada semua kerana tidak dapat menjawab panggilan telefon dan membalas kiriman mesej.

“Kepada yang mencari saya, minta maaf memang saya tak buka atau reply Whatsapp apa pun.

“Sebab memang lemah, tiada tenaga. Anak-anak pun sama. Hari ini (Rabu) baru boleh senyum sikit,” maklumnya lagi.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata peminat dan rakan selebriti menitipkan doa agar Syatilla diberikan kesembuhan segera.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Written by: Aqilah


Previous post