Rata-rata yang sedang membaca artikel ini pasti mengimpikan sebuah rumah milik sendiri suatu hari nanti ataupun sudah memiliki, namun bingung untuk menguruskannya kan?
Jangan risau, sebab Program Misi Rumah Impian dibintangi oleh pasangan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya bakal membantu anda bagi menyelasaikan masalah selain memberi inspirasi untuk mengendalikan sesebuah rumah.
Drama pendek yang bersiaran selama 10 minit itu mempunyai empat episod dengan jalan cerita yang berinformasi.
https://www.instagram.com/p/B5EoHqJng_S/?utm_source=ig_embed
Misi Rumah Impian mengisahkan tentang pasangan muda yang mencari rumah impian selain mereka juga bakal berkongsi tip hiasan dalaman sebelum memiliki rumah.
Penggambaran program itu diadakan di tiga lokasi milik pemaju perumahan, EcoWorld iaitu di Eco Grandeur, Puncak Alam dan Eco Majestic, Semenyih, Selangor serta Eco Tropics, Pasir Gudang, Johor.
Misi Rumah Impian yang diarahkan Izuan Mokhtar akan disiarkan setiap hari Rabu dan Khamis bermula 27 November ini, jam 9.50 malam menerusi saluran TV3.
Sumber daripada: Instagram tv3malaysia & Berita Harian
Post comments (0)