Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Ayda Jebat Lancar MV Better Than You Pula

today9 December 2019

Background

Nama Ayda Jebat rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bukan sahaja di Malaysia, malah penyanyi dan pelakon berbakat ini turut dikenali di negara jiran, Indonesia.

Selepas melancarkan video muzik Mana Ada Hati pada 29 November lalu, selebriti kelahiran Melaka ini tampil pula dengan video mazik single terbaru, Better Than You.

Better Than You merupakan kesinambungan kepada lagu Mana Ada Hati dan video muziknya telah dilancarkan malam Jumaat lalu.

Di dalam Better Than You, Ayda masih bekerjasama dengan pelakon Indonesia Bryan Domani, Aktor Filipina Teejay Marquez dan juga Cecille Shihombing.

Jom kita layan single terbaru dari AJ yang kini trending di Youtube, juga bakal menjadi OST drama Cindai lakonan Ayda, Nazim Othman dan Syazuwan Hassan di TV3.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *