Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Ayda Selekeh Demi Cindai

today10 July 2019

Background

Isnin lalu, tular video pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat menari berlatarkan lagu hits, Temberang di tepi jalan raya.

Apa yang lebih mecuri perhatian, Ayda kelihatan selekeh mengenakan baju-T lusuh bewarna biru, berselipar dengan rambut dan wajah kusut.

https://www.instagram.com/p/BzpV5WxAwI3/

https://www.instagram.com/p/Bzo_hlxApIh/

Menerusi satu portal hiburan online, penampilan Ayda itu sebenarnya bagi menjayakan satu watak penting dalam drama Cindai tidak lama lagi.

β€œSudah lama saya impikan suatu watak mencabar, bermain dengan jiwa. Jika sebelum ini saya pernah mendukung watak air mata jadi kali ini ia agak berbeza. Malah jujurnya saya turut membuat persiapan rapi demi Cindai.

β€œAda lakukan rujukan menerusi beberapa buah filem antarabangsa sebabnya saya bawa watak yang ada kaitan dengan penyakit mental dan bipolar,” kata Ayda.

Ayda bagaimanapun enggan terlalu ‘over’ membawa watak Cindai, sebaliknya mahu lebih natural.

β€œBiarlah ia hadir secara natural. Kata orang, tidak mahu terlalu β€˜ready’, tetapi lakukan dengan cara yang β€˜steady’,” jelas Ayda lagi.

Selain Ayda, drama 12 episod oleh produksi JS Pictures Sdn. Bhd ini turut menampilkan pelakon Syazwan Hassan, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Nazim Othman dan ramai lagi.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *