Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Azam 2020: Wany Hasrita Ajak Masyarakat Untuk Jaga Tutur Bicara

today2 January 2020

Background

Seperti biasa tradisi yang tidak pernah ditinggalkan oleh individu menjelang tahun baru ialah menetapkan azam-azam yang ingin dicapai pada tahun tersebut.

Tahniah kepada mereka yang sudah menulis azam masing-masing untuk tahun 2020. Walaupun belum melaksanakannya lagi, perancangan itu penting kerana ia menunjukkan individu itu berniat untuk menjadi seorang yang lebih baik.

Sama seperti penyanyi Wany Hasrita yang menyatakan azam tahun barunya menerusi laman Instagram.

https://www.instagram.com/p/B6x630XnqYW/

“Tahun 2020 ni, apa kata kita jaga hati, jaga tutur bicara terutama bila di alam maya, katanya.”

Wany turut memberi pendapat jika tiada perkara yang baik untuk dikatakan, lebih baik berdiam diri.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut Wany bersetuju dengan kenyataan berkenaan selain memberi respon yang positif terhadap penyanyi yang popular menerusi lagu Terlalu Memuja itu.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *