Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Azar Idam Watak Cacat

today8 July 2019

Background

Nama pelakon Azar Azmi sudah tidak asing dalam dunia hiburan apabila mula dikenali menerusi watak wanita psiko, Fatimah dalam drama Pujaan Hati Kanda bersama Mira Filzah dan Remy Ishak.

Tidak hanya itu, namanya sekali lagi meningkat naik selepas berjaya melakonkan watak seorang pelacur bernama Juita dalam drama Nur 2.

Sudah lebih 10 tahun menceburkan diri dalam industri lakonan, Azar mengakui teringin untuk memegang watak sebagai orang kelainan upaya (OKU) pula.

“Saya memang suka mencabar diri untuk melakukan sesuatu perkara di luar kemampuan.

“Memang semua orang boleh membawa watak cacat tetapi sejauh mana mahu menampakkan karakter itu hidup? Itu yang penting.

“Lagipun, apabila kita membawa watak OKU, kita kena pastikan watak yang dibawa itu betul dari segi pergerakan, mata dan semuanya,” katanya.

Mungkin selepas drama Cetera Hati Diya, Azar akan bawa watak wanita OKU dalam naskah baru pula, siapa tahu kan? Sama-sama kita tunggu!

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *