Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

“Babak Helikopter Tiada Kaitan Dengan Cerita Lama” – Sufian Suhaimi

today10 April 2019

Background
“Babak menaiki helikopter itu tiada kaitan dengan kisah cinta lalu saya atau sebagainya. Sebaliknya, saya hanya menggunakan tajaan diberikan oleh sebuah syarikat penerbangan persendirian itu dengan sebaik mungkin. Babak terbabit ditambah bagi mencantikkan lagi video muzik.
Penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan, babak menaiki helikopter dalam video muzik single terbarunya, Mencuba, tiada dalam perancangan awal pembikinan klip terbabit.

Perubahan pada saat akhir dibuat apabila mereka menerima tawaran tajaan daripada sebuah syarikat penerbangan persendirian yang ingin terbabit sama dalam penghasilan video itu.
“Terpulang kepada orang ramai untuk membuat andaian mereka sendiri apabila menonton Mencuba.
“Secara peribadi, saya akui timbul kerisauan andai babak itu dijadikan isu besar dan menyinggung mana-mana pihak kerana sering dikatakan belum ‘move on’ daripada kegagalan kisah cinta lalu. Apa yang pasti, saya sudah menutup buku kisah lama.”

Muzik video Mencuba sehingga kini sudah ditonton hampir 1.3 juta kali sejak dikongsi di YouTube pada 3 April lalu.

Sumber: Berita Harian

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *