
PETALING JAYA: Jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil menyelar Pemangku Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz kerana menuduh perdana menteri bersikap hipokrit susulan pelantikan Musa Aman sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah.
Merujuk kepada Perkara 1 Perlembagaan Sabah, Fahmi berkata perdana menteri tidak ada peranan dalam apa jua keadaan dalam proses lantikan itu.
Perlembagaan Sabah menyatakan Yang Dipertua Negeri dilantik mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong, selepas mendapat nasihat daripada ketua menteri.
“Sebelum YB membuat kenyataan tanpa asas fakta seperti ini, seharusnya YB teliti dahulu Perkara 1(1) Perlembagaan Negeri Sabah yang jelas menyatakan tugas dan tanggungjawab dalam pelantikan TYT Sabah,” kata Fahmi di X.
Fahmi yang juga ketua penerangan PKR memuat naik perlembagaan negeri itu, sambil…