Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Badan Alvin Chong Makin Seksi Punca Netizen Titip Komen Lucah

today15 October 2022

Background

Pelakon dan pengacara, Alvin Chong semakin mencuri perhatian peminatnya apabila dia sering berkongsi foto sosok badannya yang terkini menerusi hantaran yang dimuat naik di laman sosial miliknya.

Menurut Alvin atau nama penuhnya, Chong Chean Wah, 31, dia sengaja berbuat demikian untuk melihat progres dan usahanya selama ini.

“Walaupun masih baharu, tetapi saya puas hati melihat progress yang kelihatan meski sedikit.

“Ini adalah hasil berterusan melakukan senaman dan latihan kecergasan di gimnasium,” tulisnya diruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alvin Chong (@alvinchong123)

 

Melihat kepada perubahan bentuk badannya yang semakin sasa, rata-rata pengikut aktor itu kagum dan memuji kejayaan kecil yang dikecapinya.

Namun, terdapat juga segelintir peminat yang berani meninggalkan komen nakal berbentuk lucah di ruangan foto terbabit.

 

Written by: Aqilah


Previous post