Penyanyi popular, Sufian Suhaimi yang mesra dengan panggilan Pian mencuri perhatian peminat selepas memuat naik sekeping foto dirinya di laman Instagram (IG) pada 18 Februari.
https://www.instagram.com/p/B8siUYclb_2/
Penuh bergaya sambil mengenakan kaca mata hitam, Sufian yang mempunyai 1.1 juta pengikut di IG dihujani pujian apabila rata-ratanya suka melihat perubahan fizikalnya yang kelihatan sudah semakin berisi.
Foto yang dikongsikan pelantun lagu Di Matamu itu juga telah meraih lebih 29,000 tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Orang dulu-dulu cakap, kalau badan makin berisi maknanya hati tengah bahagia. Pian dah jumpa pengganti ke?
Post comments (0)