
SEREMBAN: Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan tidak akan meminggirkan usaha memperkasakan masyarakat Cina sama ada di bandar dan luar bandar dalam pembentangan Bajet 2023, 7 Okt di Dewan Rakyat.
Perdana menteri berkata, kerajaan akan memastikan Bajet 2023 yang disediakan adalah berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.
“Bajet 2023 juga akan mengambil kira cabaran bakal dihadapi pada tahun depan,” katanya dalam ucapan sempena majlis penutup Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan ke-37 2022.
Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan merupakan program tahunan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda tentang warisan dan budaya Cina, namun, ia tidak dapat diadakan sejak dua tahun lepas berikutan penularan pandemik Covid-19.
Turut hadir Menteri Besar Aminuddin Harun, Duta Besar China di Malaysia Ouyang Yujing dan Presiden…