
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan komuniti India di negara ini tidak akan dipinggirkan dalam arus pembangunan.
Mengambil semangat Keluarga Malaysia “no one will be left behind” (tiada siapa akan ketinggalan), Ismail berkata kerajaan telah meluluskan pelbagai peruntukan dan inisiatif bagi masyarakat India khusus untuk membasmi kemiskinan, pembangunan sosial, sosioekonomi dan kesejahteraan kaum itu.
“Antaranya RM100 juta di bawah Mitra (Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia) bagi membasmi kemiskinan dan pembangunan sosial masyarakat India bawah Kementerian Perpaduan. Sebanyak RM25 juta bagi program pembangunan usahawan masyarakat India.
“Ini antara inisiatif kerajaan untuk Keluarga Malaysia daripada masyarakat India. Sebagai tambahan terhadap usaha sedia ada mesyuarat Kabinet juga telah meluluskan…