Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Bakal Kembali Ke Malaysia, Judika Adakan Konsert 2 Hari!

today4 September 2019

Background

Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Yang Tersakiti Judika bakal mengadakan konsert solo di Dewan Filharmonik PETRONAS bersama Malaysian Philharmonic Orchestra pada 19 dan 20 Oktober 2019 ini.

Konsert yang berlangsung untuk dua (2) hari tersebut akan diadakan pada jam 8.30 malam pada hari Sabtu dan Ahad.

Image result for judika

Judika merupakan artis Indonesia kedua yang mengadakan konsert solo di dewan berprestij ini selepas Ruth Sahanaya yang popular menerusi lagu Kaulah Segalanya mempersembahkan konsert solo pada tahun 2018.

Konsert ini bakal menyaksikan beliau memasuki senarai artis antarabangsa yang telah membuat persembahan di dewan yang terkenal dengan tahap akustika yang tinggi itu; mereka adalah Laura Fygi, Harry Connick Jr., Chris Botti, Diana Krall, Anoushka Shankar dan Larry Carlton, dan artis tempatan seperti Datuk Sheila Majid, Ella, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Yuna, Misha Omar dan Dayang Nurfaizah.

Diakui sebagai salah seorang vokalis lelaki terbaik Indonesia, Judika merupakan seorang penghibur yang kerap menjayakan konsert yang mendapat sambutan hangat dan konsert terakhir beliau di Kuala Lumpur ialah pada tahun 2017.

Di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose, konsert ini akan menampilkan vokalis hebat negara, Jaclyn Victor sebagai artis undangan.

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *