Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Bakal Timang Anak Kedua, Saharul Ridzwan Kongsi Surah Pilihan

today10 June 2020

Background

Isteri kepada pelakon Saharul Ridzwan iaitu Qaabila Deena Amir kini sedang hamil anak kedua dan dijangka bersalin tidak lama lagi.

Bagi mereka yang mengikuti laman Instagram Saharul, sudah pasti tahu pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu begitu aktif di media sosial berkongsi perkembangan dirinya termasuk aktiviti bersama isteri tercinta.

https://www.instagram.com/p/CBLK0vaJ3ID/

Terbaru, Saharul ada memuat naik beberapa surah pilihan beserta maksud yang boleh diamalkan oleh mereka yang sedang menantikan kelahiran rezeki zuriat.

Kata Saharul, ia antara persediaan dilakukannya bagi menyambut cahaya mata yang bakal lahir kelak.

Saharul dan Deena yang berkahwin pada 16 September 2016 kini memiliki seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali berusia 3 tahun.

Perkongsian Sharul itu lantas mendapat pelbagai reaksi peminat dengan rata-ratanya mendoakan agar urusan bersalin isterinya dipermudahkan.

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *