Semua mangsa itu termasuk di Melaka dan Pahang, iaitu negeri terbaharu dilanda banjir.

KUALA LUMPUR: Lebih 9,000 mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di enam negeri termasuk Melaka dan Pahang yang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir setakat malam ini.
Di Melaka, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan 22 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke tiga PPS di Jasin dan Alor Gajah dengan 18 mangsa daripada enam keluarga dari Kampung Bukit Balai, Kampung Pondok Batang dan Kampung Bukit Asahan di Jasin dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Asahan pada 4.30 petang.
“Empat mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Bukit Tambun dan Kampung Gadek di Alor Gajah pula dipindahkan ke Balai Raya Bukit Tambun, juga pada 4.30 petang. Pendaftaran mangsa di PPS SK Chohong,…