Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 Bermula Hujung Oktober Dan Januari 2021

today23 September 2020

Background

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melancarkan inisiatif tambahan khas, KITA PRIHATIN membabitkan perbelanjaan sebanyak RM10 bilion. Ia merangkumi inisiatif Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM600 juta, Bantuan Prihatin Nasional (RM7 bilion) dan Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion).

Tak Perlu Mohon, Kerajaan Umum BPN 2.0 Dengan Peruntukan RM7 Bilion

Keputusan itu diambil selepas melihat ia amat diperlukan rakyat dalam menghadapi pandemik Covid-19.

Untuk makluman anda, anda tidak perlu membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0 kerana kerajaan akan menyalurkan secara terus kepada penerima yang sudah diluluskan di bawah BPN sebelum ini.

Dalam pada itu, melalui pakej KITA PRIHATIN, kerajaan akan melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, dengan peruntukan RM7 bilion.

Perdana Menteri berkata, jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:

Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40.

Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Ketiga: RM600 kepada  1.4 juta isi rumah M40.

Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300. Juga bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baharu.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *