Melihat saja wajah bayi yang dilahirkan, hilang segala kesakitan yang ditanggung. Inilah antara kesengsaraan insan bergelar ibu yang sanggup berkorban nyawa melahirkan anak.
Setiap pengalaman bersalin adalah berbeza-beza. Ada yang mudah dan ada yang sedikit sukar.
Namun, kesakitan itu sedikit sebanyak dikurangkan dengan sokongan dan kehadiran si suami di dewan bersalin.
Menerusi laman Twitter @MILINAMILIN seorang bapa kepada dua anak telah berkongsi kisahnya menemani isteri kerika bersalin, yang mungkin boleh dijadikan sebagai persediaan untuk bakal bapa.
Abg nak share pengalaman teman wife dalam labour room. Nasihat abg, masa isteri sedang tahan sakit contraction. Pasrah je lah apa dia buat. Kalau dia genggam tgn sekuat hati, biarkan. Tapi pastikan cincin tak pakai, takut cincin pun boleh pecah. pic.twitter.com/bMJ2GEqD0p
— MILIN アミリン 🏴 (@MILINAMILIN) July 2, 2019
Jgn risau, contraction dtg kita boleh predict. Ada mesin dkt sebelah katil, kalau nampak bacaan makin naik hampir ke 99. Readykan fizikal, kuatkan mental. Nampak graf dkt paling bawah dlm gambar? Itu graf contraction/ minit. Paling tinggi = sedang contraction. pic.twitter.com/9szPewxoef
— MILIN アミリン 🏴 (@MILINAMILIN) July 2, 2019
Rezeki abg dapat temankan 2 kali wife dlm labour room, nasihat abg.. Pastikan jaga makan/ minum wife. Tenaga guna byk dlm proses kelahiran. Rasakan pengalaman dlm labour room, readykan siap siap kata semangat utk wife & relakan badan utk di lepaskan rasa sakit isteri 😊
— MILIN アミリン 🏴 (@MILINAMILIN) July 2, 2019
Masa anak pertama abg bisikkan kata semangat dkt wife, “Sayang, Sayang kena tolong Mieshal (maksudnya push kuat lagi) utk Mieshal tolong diri dia keluar.” Abg ingatkan sweet habis dah cakap mcm tu, lps tu wife abg cakap dia rasa nak smackdown abg masa abg ckp mcm tu. Kuikui 😂
— MILIN アミリン 🏴 (@MILINAMILIN) July 2, 2019
Masuk anak ke dua, abg lebih berpengalaman ecewah. Setiap kali wife nak push, abg tolak sama sama belakang bdn wife. Apa yang penting? Kerjaaasama 💪🏽. Dlm labour room, abg pn penat. X ada masa rehat walau sesaat. Abg dah mcm part time nurse + guru kaunseling utk wife ☺️
— MILIN アミリン 🏴 (@MILINAMILIN) July 2, 2019
Pertama kali masuk, abg pn seriau tgk semua ni. Tp make sure hati & badan focus ke isteri. Dia yg nak bertarung, kita sbg suami mcm shield utk hilangkan rasa takut & kurangkan rasa sakit isteri. Anak pertama abg sempat berlawak dgn isteri, laju anak keluar. #tipsanakcepatkeluar pic.twitter.com/kbUfsYBMqy
— MILIN アミリン 🏴 (@MILINAMILIN) July 2, 2019
Bila selesai semua. Wife pn dah masuk bilik berehat. Boleh dah check tgn sendiri. Anak pertama abg, bercalar jugak sikit lengan abg. Anak kedua, tgn rasa sakit sbb wife genggam kuat. Apa apa pun, hargailah pengorbanan isteri. Dia pembawa zuriat & keturunan kita. Thanks Sayang! 😘
— MILIN アミリン 🏴 (@MILINAMILIN) July 2, 2019
Bagaimana pula dengan anda? Apakah pengalaman teman isteri bersalin yang tak dapat anda lupakan?
Jom kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.
Post comments (0)