Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Bapa dipercayai mabuk pukul anak hingga kena 12 jahitan

today25 January 2024

Background


Polis difahamkan suspek menggunakan kerusi, raga pakaian, dan besi papan seterika untuk memukul mangsa.

Seorang bapa ditahan selepas polis terima maklumat mengatakan anaknya dipukul. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang remaja perempuan dimasukkan ke hospital dan menerima 12 jahitan di kepala, selepas dikatakan ditendang dan dipukul dengan pelbagai objek oleh bapa sendiri.

Dalam kejadian di Kota, Negeri Sembilan itu, polis menahan suspek di hadapan rumahnya dalam keadaan mabuk, pada 12.30 tengah malam semalam.

Ketua Polis Rembau, Hazri Mohamad, memberitahu Harian Metro siasatan lanjut mendapati mangsa yang berusia 17 tahun itu ditendang di bahagian perut, dengan luka pada bahagian kanan, lebam pada bahu kanan, serta luka pada kepala.

“Difahamkan suspek menggunakan kerusi, raga pakaian dan besi papan seterika untuk memukul mangsa,” katanya.

Mangsa dibawa ambulans ke Hospital Tampin untuk rawatan dan akan dirujuk ke Hospital Kuala Pilah untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post