Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Baru 2 Bulan Beroperasi, Pasar Raya Milik Ebit Lew Dipecah Masuk

today3 September 2020

Background

Seperti yang umum tahu, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Ebit Lew telah membuka beberapa cawangan pasar raya, Elews Mart pada pertengahan Julai lalu. Difahamkan sambutan yang diterima daripada orang awam sangat menggalakkan. Namun, lain pula jadinya apabila pasar raya cawangan Sungai Buloh telah dipecah masuk oleh dua individu tidak bertanggungjawab.

Menerusi perkongsian terbaru Ustaz Ebit Lew di Facebook, dia meluahkan rasa sedih apabila kedai miliknya iaitu Elews Mart cawangan Sungai Buloh telah dipecah masuk oleh individu tidak bertanggungjawab. Menerusi sekeping gambar daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuatnaik Ustaz Ebit, memperlihatkan dua individu memakai helmet telah memasuki pasar raya berkenaan sekitar jam 3:30 pagi tadi.

Ketahui selajutnya di sini.

Written by: Fieyna Azman


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *