Selepas kejayaan lagu Hutang, Floor 88 kembali dengan buah tangan terbaharu iaitu Yang Benar.
Lagu yang mendapat sentuhan daripada komposer Zai Hamzah serta lirik oleh Hanif Mashut, Achoi dan Floor 88 itu juga telah dilancarkan pada 17 Februari 2020.
Selari dengan peredaran zaman, lagu tersebut turut disertakan dengan video muzik yang dimuat naik menerusi laman Youtube.
Tidak pernah mengecewakan peminatnya, video tersebut kini telah trending nombor 4, dengan meraih lebih 700,000 jumlah tontonan.
Menariknya kali ini, tidak sampai seminggu dilancarkan lagu berkenaan terus mendapat tempat dihati peminat.
Post comments (0)