Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Baru Beli Banglo RM5 Juta, Kak KM Nak Runtuhkan Rumah Kerana…

today7 June 2022

Background

Usahawan sensasi, Kak KM atau nama sebenarnya, Liana Rosli akhirnya berjaya memiliki sebuah rumah lot banglo bernilai RM5 juta.

Namun begitu, anak kepada dramatis veteran Norman Damanhuri ini tidak terlepas daripada kecaman apabila dikatakan sengaja mempamerkan kemewahan di media sosial.

Melalui perkongsiannya di Instagram Reels, ahli keluarganya membuat kejutan dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia datang meninjau banglo tersebut.

Kak KM memberitahu urusan pembelian rumah dan tanah banglo mewah yang terletak di Ampang, Kuala Lumpur berharga RM5 juta itu sudah dilakukan sejak dua tahun lalu dan dia secara rasmi menerima kunci rumah pada Ahad.

Menurut Kak KM, dia enggan ambil peduli kecaman netizen dan berharap apa yang dikongsi itu dapat memberi inspirasi kepada orang ramai untuk berusaha lebih gigih dalam mencapai sesuatu impian.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” kata Kak KM.

Bagaikan tidak dapat lari daripada kecaman, Kak KM juga sudah lali dengan lemparan kata-kata negatif netizen.

“Usahawan seperti saya memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai kenal produk saya.

“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah atas kejayaan orang lain,” ujarnya.

Tambah Kak KM, dia akan melakukan proses ubah suai terlebih dahulu mengikut citarasa sendiri sebelum pindah masuk rumah itu.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.

“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.

Sumber: mStar

Written by: Salma


Previous post